Semangat juang tinggi Faisal Halim

Iklan
Faisal Halim muncul pada sesi panas badan pada perlawanan aksi separuh akhir kedua Piala FA Selangor FC menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim mahu membuktikan bahawa beliau boleh bangkit meneruskan kariernya dalam bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid tiga bulan lalu.

Menurutnya, walaupun keadaan fizikalnya tidak seperti dahulu, namun beliau percaya masih mampu terus mencurahkan bakti untuk Selangor dan pasukan kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Pada mulanya memang saya ada niat untuk bersara, tetapi saya ingin berterima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah; pengurusan, rakan-rakan serta keluarga yang sentiasa beri semangat untuk saya teruskan perjuangan ini.

Sebelum ini, Selangor membuat kejutan menyenaraikan Faisal di bangku simpanan ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Iklan

Pemain berusia 26 tahun itu juga dilihat bersujud di padang sebelum memulakan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung walaupun beliau tidak diturunkan oleh pengendali pasukan, Nidzam Jamil.

Dalam pada itu, beliau turut terharu dengan sokongan semua pihak terutama rakyat Malaysia yang menjadi kunci kekuatan untuk terus berjuang.

Iklan

"Apa yang saya boleh katakan semangat daripada rakan-rakan pasukan, keluarga Merah Kuning dan semua rakyat Malaysia saya amat terharu. Kerana anda saya teruskan berjuang untuk bermain bola sepak," katanya.