Lelaki didakwa amang seksual murid

Iklan
Abdul Halim (belakang, tengah) menundukkan wajah ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Isnin.

MELAKA - Seorang ustaz yang mengajar di sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin, atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Tertuduh Abdul Halim Ismail, 36, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Iklan
Iklan

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun 9 bulan dengan cara memegang kemaluan mangsa sehingga keras bagi maksud seksual.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak sama dengan cara memegang kemaluan sendiri sehingga keluar air mani dalam kehadiran mangsa bagi maksud sama.

Iklan

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di bandar raya ini kira-kira jam 10 malam pada 18 Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Dia juga dituduh di bawah Seksyen 15(c) AKSTK 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Norhayati Yusof tidak menawarkan sebarang jaminan namun mencadangkan RM20,000 bagi setiap pertuduhan atas budi bicara mahkamah.

Sementara itu, tertuduh diwakili Peguam, Syahrul Nizam Mohd Rabi merayu denda yang rendah dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan kerana telah digantung tugas sebagai penjawat awam.

Hujahnya, tertuduh memberi kerjasama baik bagi pertuduhan melibatkan mangsa sama di Mahkamah Sesyen Ipoh dan Raub pada Oktober tahun lalu dan Julai lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain mengarahkan tertuduh perlu melapor diri setiap dua minggu sekali di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 12 September depan dan serahan dokumen.