Cuti sakit Jagdeep dilanjutkan sehingga Jumaat depan

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN - Cuti sakit Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo dilanjutkan sehingga 9 Ogos depan bagi membolehkan beliau meneruskan rawatan diperlukan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada Jumaat lalu Jagdeep telah memberikan maklumat terkini mengenai cuti sakit dan perkembangan keadaan kesihatannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Jagdeep memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan yang baik dan atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos depan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang Exco Pulau Pinang dinasihatkan untuk bercuti atas dasar masalah peribadinya telah memberi kesan kepada prestasi kerja.

Iklan

Bagaimanapun, Kon Yeow menafikan spekulasi mengenai pertukaran jawatan Timbalan Ketua Menteri melibatkan Jagdeep.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini sebaliknya Jagdeep kini sedang bercuti bagi menjalani pemeriksaan dan berkemungkinan memerlukan prosedur pembedahan pada kaki kiri.

Iklan

"Spekulasi bahawa akan berlakunya pertukaran jawatan yang disandang beliau kini, ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

"Saya dan juga seluruh jentera barisan kepimpinan kerajaan negeri mendoakan supaya Jagdeep cepat sembuh dan kembali bersama-sama meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang demi kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang," katanya lagi.