Peniaga di Stadium Shah Alam dijamin kembali berniaga di KSSA

Iklan
Amirudin (tengah) bersama penjawat awam pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memberi jaminan kepada semua peniaga berlesen beroperasi di Stadium Shah Alam di Seksyen 13 mendapat akses dalam pelan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ruang bagi menempatkan peniaga terbabit sudah dimasukkan dalam perancangan KSSA dan akan dilaksanakan apabila kemudahan berkenaan siap sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Itu memang telah disiapkan dan dalam pelan kita memang ada tempat untuk mereka berniaga. Memang ada kawasan untuk mereka berniaga.

"Itu (termasuk peniaga pasar tani dan pasar karat) dan kita akan putuskan kemudian (petaknya) tetapi kita jamin hampir semua kita akan letak balik termasuk di ruangan telah ditetapkan.

Iklan

Menteri Besar ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini.

Amirudin mengulas lanjut berkata, operasi masa perniagaan juga akan ditetapkan kemudian bergantung kepada kesesuaian dan ruang yang ada namun peniaga terbabit akan dapat menjalankan perniagaan dengan keadaan lebih baik.

Iklan
Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di Shah Alam.

Pada Disember tahun lepas, Menteri Besar dilaporkan berkata pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan itu.

Proses perobohan Stadium Shah Alam dilapor melibatkan kos RM35.5 juta dengan pembinaan semula stadium berkapasiti 40,000 penonton itu dijangka siap pada hujung 2026, manakala pembangunan keseluruhan KSSA selesai menjelang akhir 2029.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, lebih 10,000 warga Selangor dijangka hadir memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan di Seksyen 14 di sini.

"Bagaimana lazimnya setiap tahun Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor akan berlangsung pada malam 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan dan kita anggarkan lebih 10,000 rakyat akan datang," ujarnya.