SHAH ALAM - Penyedia platform, Meta dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dipercayai untuk memberi penjelasan berkait tindakan menyekat beberapa hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, hantaran mengenai ucapan takziah di atas kematian pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang dibuat di akaun Facebook dan Instagram Anwar telah disekat Meta kerana didakwa bertentangan dengan piawaian komuniti platform terbabit, selain berkaitan individu dan organisasi berbahaya.