21,000 penjawat awam Selangor bakal terima kenaikan gaji

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Lebih 21,000 penjawat awam di Selangor bakal menerima manfaat kenaikan gaji selaras dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kadar gaji baharu bergantung kepada kenaikan ditetapkan kerajaan Persekutuan yang akan dimaklumkan pada 16 Ogos ini.

Iklan
Iklan

"Kita akan cuba 'adapt' dengan rizab kewangan yang kita ada, Insya-ALLAH dan pelaksanaan ini membabitkan lebih 21,000 penjawat awam di Selangor," katanya.

Amirudin (lima kiri) pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz dekat sini pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Pada 18 Julai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan Anwar bakal mengumumkan kadar kenaikan berkenaan pada 16 Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Iklan