Polis kesan wanita hilang selepas cari kerja di Kuala Lumpur

Iklan
Nur Asyikin dilaporkan hilang sejak April lalu.

TELUK INTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Asyikin Abd Rahim, 29, pada 1 Ogos lalu yang dibuat ibunya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lokasi terakhir wanita tersebut dilihat keluar dari rumahnya di Kebun Limau, Kampung Bahagia, Teluk Intan.

"Wanita ini telah keluar dari rumah ibunya di Teluk Intan dan tidak dapat dihubungi sejak bulan April lalu.

Iklan

"Dia memaklumkan kepada keluarganya mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Adnan berkata, ibu wanita berkenaan juga memaklumkan tiada perselisihan faham berlaku antara mereka mahupun ahli keluarga yang lain.

Iklan

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan wanita tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Menurutnya, orang ramai juga boleh terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6299222.

Sementara itu, Ahmad Adnan turut memaklumkan bahawa seorang remaja, GM Praveen Raj, 18, yang dilaporkan hilang sejak 18 Julai lalu ditemui selamat.

Menurutnya, sepanjang remaja tersebut dilaporkan hilang, dia berada di rumah rakannya di Teluk Intan dan punca tindakannya itu disebabkan merajuk dengan ibunya.