Kejohanan Karom Terbuka Kelantan

Iklan
Menjadi peserta termuda dalam Kejohanan Karom Terbuka Kelantan, Muhammad Adib Farhan Mohd Fadhli, 9, tidak gentar berdepan dengan pesaing yang lebih berusia.

Muhammad Adib Farhan yang juga pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kedondong, Pasir Mas itu digambarkan seakan kecil-kecil cili padi memandangkan beliau turut digeruni oleh pihak lawan setiap kali beliau menyertai pertandingan.

Bercerita mengenai penglibatan dalam permainan karom itu, anak sulung dari dua beradik itu berkata, beliau pada awalnya hanya bermain sekadar suka-suka namun kini tidak menyangka beliau mampu menyertai pertandingan bukan sahaja dalam negeri bahkan termasuk di Kuala Lumpur, Melaka, dan Terengganu.