5 lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan

Iklan
Lima lagi individu meninggal dunia akibat gelombang haba di Korea Selatan, menjadikan angka kematian setakat ini mencecah 13 orang. Gambar hiasan

SEOUL - Lima lagi individu meninggal dunia akibat gelombang haba di Korea Selatan, menjadikan angka kematian setakat ini mencecah 13 orang, lapor Agensi Berita Yonhap pada Isnin.

Sebanyak tiga kematian dilaporkan di bandar Gwangju dan Wilayah Gyeongsang Utara pada Sabtu, manakala dua lelaki berusia 90-an ditemui mati di bandar Suncheon pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.

Sebagai tindak balas, kerajaan mengaktifkan sistem pemantauan intensif terutamanya terhadap warga emas dan kumpulan rentan lain.

Iklan

Gelombang haba dijangka berterusan sekurang-kurangnya 10 hari lagi, menurut agensi cuaca.

Minggu lalu, kementerian dalam negeri mengeluarkan amaran gelombang haba tertinggi dan meningkatkan tahap tindak balasnya kepada Tahap 1, iaitu tahap tertinggi dengan suhu mencecah sekitar 40 darjah Celcius di beberapa kawasan. - Bernama-Yonhap

Iklan