Pondan malang diserang secara seksual oleh dua wanita

Iklan
Amber Harrell (kiri) dan Jessica Fowler dituduh melakukan penculikan darjah kedua dan serangan seksual ke atas mangsa.

RALEIGH - AMERIKA SYARIKAT. Polis di Carolina Utara mengesahkan pihaknya menahan dua wanita kerana menyerang secara seksual seorang pondan dalam kejadian di sebuah bar di Raleigh.

Insiden itu berlaku pada 9 Disember lalu dalam tandas wanita di bar berkenaan.

Iklan
Iklan

Wanita terbabit masing-masing dikenal pasti sebagai Amber Harrell, 38, dan Jessica Fowler, 31.

Kedua-duanya dituduh melakukan penculikan darjah kedua dan serangan seksual ke atas mangsa.

Iklan
Iklan

Polis telah membebaskan kedua-dua wanita terbabit masing-masing dengan ikat jamin AS$50,000 (RM204,870) dan AS$30,000 (RM122.925). - Agensi