UAE sahkan kes pertama koronavirus

Iklan
Gambar hiasan.

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan kes pertama koronavirus melibatkan sebuah keluarga dari Wuhan, China.

Jangkitan itu juga dianggap sebagai kes pertama yang disahkan di Asia Barat.

Iklan
Iklan

"Kementerian Kesihatan dan Pencegahan UAE mengumumkan kes koronavirus baharu membabitkan sebuah keluarga yang datang dari bandar Wuhan.

"Keadaan kesihatan mereka yang dijangkiti stabil dan berada di bawah pemantauan perubatan," lapor Channel News Asia memetik laporan agensi berita WAM.

Iklan

WAM bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai yang dijangkiti.

Kementerian Kesihatan dan pejabat media kerajaan bagaimanapun tidak mengulas lanjut. - Agensi

Iklan