Konflik Lubnan: Kerajaan sedia bawa pulang Malbatt 850-11

Iklan
Kerajaan bersedia mempertimbangkan dua pilihan untuk membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota Batalion Malbatt 850-11 yang kini melaksanakan misi pengaman serta kemanusiaan di Lubnan. Gambar hiasan Bernama

ALOR GAJAH - Kerajaan bersedia mempertimbangkan dua pilihan untuk membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota Batalion Malbatt 850-11 yang kini melaksanakan misi pengaman serta kemanusiaan di Lubnan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia berikutan kebimbangan terhadap konflik dan pergolakan yang berlaku di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua pilihan itu termasuk kementerian mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Malaysia sendiri membawa pulang pasukan itu ke tanah air.

Katanya, sehingga kini kementerian terus memantau dengan terperinci situasi yang berlaku di wilayah itu menerusi maklumat yang diperoleh daripada Batalion Malbatt dan PBB.

Iklan

"Perkara telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini di Lubnan.

"Kementerian telah berbincang berhubung risiko pergolakan di Lubnan sejak tahun lalu dan telah menggariskan beberapa perancangan untuk membawa pulang anggota terlibat," katanya.

Iklan
Adly (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada kepada salah seorang penerima pada Majlis Serahan Kunci Rumah Kasih Ihsan Parlimen Alor Gajah Kepada Tiga Penerima di Kampung Kelemak, pada Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Kunci Rumah Kasih Ihsan Parlimen Alor Gajah Kepada Tiga Penerima di Kampung Kelemak, di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, sekiranya keadaan terus memaksa kementerian tidak teragak-agak untuk segera membawa keluar pegawai dan anggota Batalion Malbatt tanpa perlu menunggu keputusan daripada PBB.

Ujarnya, langkah itu demi memastikan keselamatan anggota yang bertugas segera dibawa keluar atas nama Malaysia.

"Setakat ini langkah terbaik dengan mengaktifkan pelan evakuasi digerakkan segera jika situasi konflik di wilayah tersebut bertambah buruk," katanya lagi.