Kes bunuh: Sembilan termasuk seorang lelaki tempatan ditahan

Iklan
Lapan lelaki warga asing dan seorang warga tempatan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah restoran Thai, Jalan Bukit Genting, di sini, pada Isnin. Gambar hiasan

BALIK PULAU - Lapan lelaki warga asing dan seorang warga tempatan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah restoran Thai, Jalan Bukit Genting, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, tangkapan dibuat menerusi Op Kejam Genting di kawasan Balik Pulau sebelum menahan kumpulan lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan rakan sekerja di restoran berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi.

"Ekoran laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang telah melancarkan Op Kejam Genting dan menahan sembilan individu untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Dengan tertangkapnya kumpulan lelaki tersebut, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan tidak puas hati terhadap mangsa.

Iklan

Bagaimanapun, katanya siasatan lanjut masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.