Tipu ahli perniagaan peroleh pangkat Datuk

Iklan
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Selayang hari ini.

SELAYANG - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan darjah kebesaran Datuk Seri dan Datuk dengan bayaran RM907,700.

Syed Abu Bakar Syed Alwi, 60, didakwa menipu Law Leek Tjet, 43, dengan menawarkan darjah kebesaran Datuk Seri dengan gelaran Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) dan Datuk dengan gelaran Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) dari Istana Iskandariah Kuala Kangsar Perak yang sebenarnya tidak wujud.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan curangnya didakwa mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM 907,700 secara berperingkat kepadanya yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian jika tidak didorong tertuduh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Sri Gombak, pada 11 Oktober 2017 hingga 8 Januari 2019.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan dan denda jika disabit kesalahan

Nurul Ain menawarkan ikan jamin RM90,000 dengan syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa di mahkamah dan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis serta tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan.

Iklan

Bagaimanapun peguam tertuduh, Nur Aida Md Zainuddin memohon jaminan rendah kerana tertuduh tidak bekerja serta tidak mempunyai pendapatan tetap selain menghidap penyakit kencing manis, batuk kering dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali.

Peguam itu juga menyatakan, tertuduh tidak mempunyai simpanan dan hanya memiliki geran tanah sebagai cagaran untuk membayar jaminan.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin berserta syarat dia perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan kes ditetapkan pada 12 Februari depan untuk serahan dokumen.