Boikot Zionis dalam skala besar
Iklan
SHAH ALAM - Boikot terhadap Israel tidak lagi boleh bersandarkan secara kecil-kecilan tapi perlu dilakukan secara organisasi bagi meningkatkan tekanan dan tamparan kepada rejim Zionis itu.
Pakar Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, pendekatan itu adalah salah satu cara yang boleh dibuat organisasi dunia memandangkan semua resolusi atau keputusan oleh badan antarabangsa tidak diendahkan oleh Israel.