Israel ‘culik’ 2,000 mayat rakyat Palestin dari kubur

Iklan
Seorang individu mengebumikan mayat-mayat rakyat Palestin tanpa identiti di sebuah kubur besar selepas mayat-mayat tersebut diserahkan semula oleh tentera Israel. - Gambar REUTERS

GAZA - Pejabat Media Kerajaan Gaza mendedahkan, tentera rejim Zionis Israel telah menggali 2,000 mayat dari tanah perkuburan sepanjang tempoh perang dan sejumlah mayat telah diserahkan kembali dengan cara yang 'mencemarkan'.

"Sepanjang 304 hari pembunuhan beramai-ramai, pendudukan Israel telah menculik lebih daripada 2,000 mayat syahid dan orang mati dari berpuluh-puluh tanah perkuburan di wilayah Gaza dengan jentolak dan kenderaan tentera serta membalikkan kubur mereka.

Iklan
Iklan

"Ini jelas melanggar nilai kemanusiaan dan perasaan manusia,” kata organisasi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan, lapor Al Jazeera. Bahkan, apa yang lebih dikesalkan ialah, tentera Israel mencemarkan maruah mayat 89 syuhada dan menyerahkannya semula kepada Palestin dalam bentuk rangka dan mayat yang reput.

"Mereka membunuh orang awam yang tidak bersenjata di hospital dan tempat perlindungan, menculik mayat mereka dan menggali kubur para syuhada dan orang mati, memindahkan mereka ke pusat pendudukan,” kata Hamas, sambil menambah kekejaman ini menggandakan kesakitan keluarga Palestin yang hanya ingin mengetahui nasib orang tersayang mereka yang terbunuh dan mengebumikan mereka dengan cara yang paling elok.

Iklan
Iklan

"Ini memerlukan pendirian yang jelas daripada masyarakat antarabangsa untuk menolak dan mengecam tindakan-tindakan ini dan berusaha untuk menuntut pemimpin berpendudukan bertanggungjawab atas amalan tidak berperikemanusiaan yang kejam ini,” kata Hamas. - Al Jazeera/Awani