TELUK INTAN - Seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya rentung setelah kereta jenis Honda City yang dipandu terbabas ke dalam parit lalu terbakar sebanyak 98 peratus.
Kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam, di sini pada jam 10.35 malam Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dan Bidor digerakkan ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan ia terbakar 98 peratus.
Setelah itu, katanya, anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air dari tangka jentera sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
Beliau berkata, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang membabitkan kekuatan seramai 12 orang anggota itu tamat jam 12.16 tengah malam. - Awani