JEAN-PHILIPPE Mateta menjaringkan dua gol ketika tuan rumah Perancis bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Mesir 3-1 selepas masa tambahan pada hari Isnin dan bakal bertemu Sepanyol dalam perlawanan perlawanan akhir bola sepak lelaki Olimpik.
Perancis kendalian Thierry Henry berada di ambang kekalahan pada aksi separuh akhir mereka di Lyon selepas Mahmoud Saber meletakkan Mesir di hadapan.
Iklan
Iklan
Tetapi, penyerang Crystal Palace Mateta menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum perlawanan tamat untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum dia sekali lagi menanduk masuk untuk meletakkan Perancis di depan.
Michael Olise kemudian mengesahkan kemenangan pada minit ke-108 dan Perancis yang mencari pingat emas Olimpik kedua mereka sejak 1984, kini akan menentang Sepanyol di Parc des Princes di Paris pada Jumaat.
"Apabila anda melihat Perancis memungut pingat, anda berkata kepada diri sendiri terpulang kepada kami sekarang untuk tidak mengecewakan semua orang.
"Anda tidak mahu menjadi pasukan yang tidak memenangi pingat jadi sekurang-kurangnya itu sudah selesai. Sekarang kita akan lihat apa warna yang kita dapat, tetapi secara jujurnya saya hidup dalam mimpi di sini dan saya tidak mahu bangun," kata Henry.
Artikel Berkaitan