Lapan peniaga di Bandar Putera 2, Klang dikompaun

Iklan
Pemeriksaan dijalankan Jabatan Perlesenan MBDK

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengenakan lapan kompaun terhadap peniaga dalam Operasi Tindakan Pematuhan Syarat Bagi Perniagaan di sekitar Bandar Putera 2 di sini.

MBDK dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, pemeriksaan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Perlesenan.

MBDK mengenakan lapan kompaun terhadap penjaja dalam Operasi Tindakan Pematuhan Syarat Bagi Perniagaan di sekitar Bandar Putera 2

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan dijalankan ke atas lapan premis, lapan kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Antaranya kesalahan beroperasi tanpa lesen, gagal mempamerkan lesen perniagaan dan iklan, serta mempamerkan papan iklan tanpa lesen," menurut hantaran itu.

Iklan

Tindakan kompaun dilaksanakan bawah peruntukan UUK3 Undang Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007, UUK7 Undang Undang Kecil Iklan (MPK) 2007, UUK3(1) Undang Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPK) 2013.

Iklan