[VIDEO] KPN nafi rombakan besar kepimpinan tertinggi PDRM

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang dikatakan akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian mengenai dakwaan perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

Razarudin

"Ini adalah berita palsu, pihak Bukit Aman juga telah menghubungi portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu.

Iklan

Razarudin berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita tempatan mengenai dakwaan Bukit Aman dikatakan merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya.

Portal itu memetik, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Iklan

Portal berita itu juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah.