DAP tidak turun bantu calon BN berkempen PRK Nenggiri

Iklan
Anthony Loke

GOMBAK - DAP tidak menerima undangan daripada Barisan Nasional (BN) untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput hadir.

Iklan
Iklan

"Kalau ada jemputan kita pergi. Namun setakat ini tiada lagi jemputan daripada mereka.

"Saya punya muka besar tetapi tidak tebal macam Dominic Lau (Presiden Gerakan).

Iklan

"Kita akan turun jika ada keperluan," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika melawat pemantauan operasi khas bersepadu kenderaan pelancongan, perkhidmatan awam dan perdagangan di Stesen Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gombak.

Iklan

Hadir sama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli dan Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Terdahulu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan menyatakan keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri adalah tidak terlalu mendesak.

Ini kerana katanya, ia memandangkan majoriti pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada Melayu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hanya mempunyai 35 orang pengundi Cina.

Anthony Loke berkata, sekiranya Dap dijemput untuk turut-serta dalam kempen di Nenggiri, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membantu calon BN.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan BN sememangnya mempunyai semangat muafakat antara satu sama lain.

"Kita memang ada semangat muafakat. Kalau ada jemputan, kita pergilah.

"Kalau tidak ada keperluan, kita tidak pergi sebab ada pandangan mungkin kita tidak diperlukan," ujarnya.