Tiket final Piala FA 2024 serendah RM50 - MFL

Iklan
MFL umum empat kategori tiket dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan JDT dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Iklan
Iklan

Empat kategori tiket yang diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50 dan RM70, Piala FA Premium (RM150) dan Piala FA VIP Grandstand (RM200).

"Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” menurut hantaran di laman Facebook MFL pada Selasa.

Iklan

JDT mara ke final Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan agregat 5-1 manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4 untuk melangkah ke perlawanan akhir. - Bernama

Iklan