Kafe beri kopi percuma rai kemenangan Zii Jia

Iklan
Chun Keat (kanan) bersama rakannya menikmati kopi percuma di Caffe Diem. (Kanan: Orang ramai memenuhi Caffe Diem sempena pemberian kopi percuma pada Selasa.)

ALOR SETAR - Seorang pemilik kafe di bandar raya ini mengambil inisiatif memberikan kopi percuma kepada pelanggan pada Selasa sempena meraikan kemenangan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Olimpik 2024.

Pengarah Urusan Encomas Sdn Bhd & Caffe Diem, Datuk Rick Cheng Wooi Seong berkata, dia berbangga dengan pencapaian Zii Jia yang merupakan anak jati Kedah mendapat pingat gangsa pada sukan berprestij berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya ini bukan kali pertama kami memberikan kopi secara percuma kepada pelanggan. Sebelum ini semasa pasukan bola Kedah menang, kita ada juga bagi kopi percuma tetapi sambutan tidak seperti hari ini dan saya sangat terkejut melihat respon mereka.

"Mungkin sambutan kali ini lagi meriah sebab yang memenangi pingat itu anak Kedah," katanya ketika ditemui di kedainya di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, walaupun kedai dibuka pada jam 12 tengah hari, namun orang ramai telah beratur di hadapan kedai lebih awal.

"Terima kasih sanggup datang dan minta maaf kalau kena beratur lama," katanya.

Iklan

Rick Cheng berkata, dia menyasarkan sebanyak 500 cawan kopi akan diberikan sepanjang pemberian percuma itu.

"Pelanggan boleh datang mendapatkan kopi percuma sehingga jam 12 tengah malam ini dan pelanggan boleh memilih dua jenis kopi yang ditawarkan iaitu Americano dan Latte.

"Saya tidak pasti Zii Jia tahu atau tidak mengenai pemberian kopi percuma ini, mungkin keluarga dia tahu dan maklumkan pada dia.

"Tahniah kepada Zii Jia dan keluarganya, kalau pulang ke Alor Setar nanti datanglah ke kafe.Saya akan belanja mereka makan," katanya.

Seorang pelanggan, Lim Chun Keat, 30, berkata, dia merupakan peminat setia Jii Zia dan juga pelanggan tetap di kafe berkenaan.

"Adik saya sendiri pernah berlatih bersama Jii Zia, dan saya gembira dengan kemenangan dia di Olimpik," katanya.

Zii Jia meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang menentang Lakshya Sen dari India, selepas bangkit daripada ketinggalan satu set dengan kemenangan 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.