Presiden Bangladesh bubar Parlimen

Iklan
Mohammed Shahabuddin

DHAKA - Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada Selasa membubarkan Parlimen, menamatkan era bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina ketika protes berminggu-minggu berhubung kuota pekerjaan sektor awam, memaksanya melarikan diri ke India.

Parlimen itu dibentuk selepas pilihan raya kebangsaan yang kontroversi pada 7 Januari, yang diboikot oleh parti pembangkang utama termasuk Parti Nasionalis Bangladesh dan sekutunya Jamaat-e-Islami.

Iklan
Iklan

Agensi Anadolu melaporkan bahawa presiden dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan ketua angkatan tentera, pemimpin parti politik, wakil masyarakat sivil dan pemimpin gerakan protes yang diketuai pelajar.

Pelajar telah memberikan tarikh akhir 24 jam untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan kerajaan sementara.

Iklan

Kenyataan itu juga menyebut Khaleda Zia, ketua pembangkang utama dan ketua BNP, turut dibebaskan.

Wanita berusia 78 tahun yang dua kali menjadi Perdana Menteri Bangladesh itu dihukum penjara selama 17 tahun atas kesalahan rasuah pada 2018. - Bernama

Iklan