Latihan Atlet SUKMA Sarawak

Iklan

Atlet lompat galah Sarawak, Hennes Ho,17, menjalani sesi latihan di Stadium Sarawak hari ini sebagai persiapan menghadapi temasya SUKMA Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Foto Bernama

Iklan
Iklan