PRK Nenggiri signal rakyat mahu perubahan - Noor Hariri

Iklan
Noor Hariri selaku panel Wacana Sinar bertajuk ‘Ada apa dengan Nenggiri?' yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa. Foto SINAR HARIAN MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan sebenarnya sangat signifikan untuk memberi satu signal bahawa rakyat mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ini kerana semua pihak tahu DUN Nenggiri itu seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Saya tidak menuduh tetapi ia menjadi satu kerisauan buat kita. Oleh itu, saya rasa PRK ini sangat penting untuk rakyat Nenggiri," katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar bertajuk ‘Ada apa dengan Nenggiri?' yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Program itu dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Pensyarah Program Pengajian Polisi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Afif Bahardin.

Iklan

Tambah Noor Hariri, partinya tidak meletak calon lompat parti atau hibrid sebaliknya yang betul-betul layak daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita letak calon berkelayakan yang mana boleh berkhidmat untuk rakyat Nenggiri, fokus kawasan itu bukan Putrajaya.

Iklan

"Bagi kami kesemua dalam Perikatan Nasional (PN) adalah pengkhianat dan kami tidak akan sekali-kali bersama mereka,"ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan.

Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

BN diwakili oleh Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN menamakan Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.