Pesara kerajaan rugi RM140,000 kena 'phone scam'

Iklan
Gambar hiasan

KLUANG - Seorang pesara kerajaan kerugian RM140,000 setelah wang simpanannya itu lesap akibat terpedaya dengan penipuan panggilan telefon atau phone scam, Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada 24 Jun ketika mangsa menerima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali yang mengaku sebagai anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor yang mendakwa mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa juga telah diminta membayar sejumlah RM2,000 bagi menyelesaikan perkara tersebut.

"Mangsa turut diarahkan supaya menyerahkan kad ATM miliknya berserta kata laluan selain diminta membungkus kesemua barangan tadi dan ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumah mangsa," katanya.

Iklan

Bahrin berkata, pada 1 Julai 2024, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon daripada nombor telefon sama yang mengarahkannya untuk memasukkan wang sebanyak RM180,000 ke akaun bank miliknya.

"Jika tidak berbuat demikian mangsa boleh ditangkap kerana tidak mematuhi arahan yang diberikan.

Iklan

"Mangsa kemudiannya telah ke bank cawangan Kluang dan memasukkan hanya RM140,000," katanya.

Beliau berkata, beberapa hari kemudian, mangsa telah pergi membuat semakan dan mendapati telah berlaku transaksi pengeluaran wang berjumlah RM140,000.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara, sebat atau denda," katanya.