Gotong-royong Kampung Angkat Madani KKDW

Iklan
Setiausaha Bahagian Komuniti Desa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) , Che Mohd Zulkifli Ismail (dua dari kanan) bersama Pegawai Tugas-tugas Khas III, Menteri KKDW, Datuk Khairudin Tarmizi (dua dari kiri) turut menanam pokok sempena program tersebut di Kampung Sungai Betul di sini pada Selasa.

BAGAN DATUK - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Program Gotong-Royong Keceriaan Kampung, Kampung Angkat Madani (KAM) Tahun 2024 di Kampung Sungai Betul di sini selama dua hari bermula Selasa hingga Rabu.

Program tersebut merupakan kolaborasi kementerian bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Betul, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Iklan
Iklan

Kehadiran 273 peserta terdiri daripada pengurusan universiti, pensyarah, penyelaras dan pelajar terlibat bersama penduduk kampung dalam menjayakan program berkenaan.

Perasmian program tersebut disempurnakan Setiausaha Bahagian Komuniti Desa KKDW, Che Mohd Zulkifli Ismail dan turut dihadiri Pegawai Tugas-tugas Khas III, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Khairudin Tarmizi.

Iklan

Che Mohd Zulkifli ketika berucap pada majlis perasmian program gotong royong berkenaan.


Pengerusi JPKK Kampung Sungai Betul, Mad Sahril Ahmad berkata, masyarakat kampung menyambut baik penganjuran program tersebut.

MAD SARIL


Katanya, sebanyak 25 keluarga angkat dalam kalangan penduduk kampung yang terlibat menjaga anak angkat daripada UiTM dan UPSI sepanjang dua hari penganjuran.

Iklan

"Kami bersyukur kerana Kampung Betul terpilih sebagai tuan rumah program ini dan tidak sangka menjadi Kampung Angkat Madani. Melalui program ini, kampung kami dapat limpahan pembangunan.

"Ia secara tidak langsung membawa manfaat kepada penduduk kampung dari segi pembangunan ekonomi dan meningkatkan lagi infrastruktur yang ada di sini,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Betul di sini pada Selasa.



Jelasnya, kawasan pelancongan terutama di Beting Beras Basah mendapat perhatian sekali gus mempromosikan tempat berkenaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena program tersebut ialah membersihkan kawasan sekitar pantai Beting Beras Basah, memasang papan tanda pengenalan kampung, menceriakan hentian bas Kampung Sungai Betul dan melukis mural identiti kampung di SK Sungai Betul.

Che Mohd Zulkifli (duduk di kerusi, empat dari kanan) bersama Khairudin (duduk di kerusi, tengah) bersama pelajar dan keluarga angkat masing-masing.


Peserta yang terlibat turut membantu membersihkan kawasan sekitar sekolah agama rakyat, membersihkan persekitaran Masjid Ismailliah, Sungai Betul dan membersih serta mengemas rumah warga emas yang uzur.

Pada majlis perasmian program, turut diadakan perkhidmatan kaunter bergerak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat berkenaan urusan lesen memandu dan kad pengenalan.

Dalam masa sama, Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk juga membuat pameran manakala Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk pula turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

4)Pelajar universiti yang mengikuti program anak angkat di Kampung Sungai Betul.


Penganjuran program tersebut merupakan salah satu usaha pihak kementerian dalam memastikan kepimpinan dan komuniti kampung dapat diperkasakan dengan menganjurkan program komuniti sedemikian.

Pengalaman berharga

Bagi peserta program dari UPSI, Ng Zhen Fan Shankar, 25, berkata, program tersebut memberikan pengalaman mengujakan buat 38 pelajar universiti itu yang menyertainya.

ZHEN FAN


Katanya, peluang tersebut juga digunakan sebaik mungkin oleh peserta untuk merasai pengalaman bersama masyarakat kampung.

"Melalui program ini, kami dapat belajar banyak perkara baru dengan penduduk kampung sambil melaksana beberapa aktiviti yang dirancang seperti gotong-royong di kawasan Beting Beras Basah, sekolah agama, rumah penduduk dan sebagainya.

"Semua pengalaman ini tidak mungkin diperoleh di dalam bilik kuliah dan melalui program ini, pelajar mendapat pendedahan baharu mengenai komuniti di Bagan Datuk ini," katanya.

Seorang lagi peserta, Muhammad Mutta'aal Sidek, 20, dari UiTM Tapah berkata, ia merupakan pengalaman pertama bersama keluarga angkat di dalam program berkenaan.

MUHAMMAD MUTTA’AAL


Jelasnya, program seumpama ini amat baik bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mereka menggunakan kepakaran masing-masing bagi manfaat setempat.

Dia turut mengharapkan program tersebut dapat diteruskan supaya lebih ramai pelajar dapat menyumbang peranan masing-masing kepada komuniti.