Olimpik Paris 2024: Gagal raih emas selepas dicampak kuda

Iklan
Von Eckermann terjatuh dalam aksi ekuestrian individu di Olimpik Paris.

ATLET Sweden, Henrik von Eckermann menangis apabila harapan pingat emas Olimpiknya berakhir selepas dicampak oleh kudanya sendiri dalam final ekuestrian individu di Olimpik Paris.

Dia yang juga jaguh nombor satu dunia dan pemenang pingat emas Olimpik di Tokyo tiga tahun lalu, adalah antara pilihan untuk memenangi acara itu memulakan rutinnya dengan baik bersama kudanya yang diberi nama King Edward.

Iklan
Iklan

Namun, selepas lompatan ketujuh kudanya itu mula kelihatan cemas dan Von Eckermann cuba mengawal keadaan.

King Edward berjaya melompat dua lagi pagar dengan cara yang tidak meyakinkan dan kemudian secara drastik melencong ke luar laluan hanya beberapa meter dari pagar perimeter.

Iklan

Kuda itu kemudian tiba-tiba berhenti di hadapan penghadang maskot Olimpik menyebabkan Von Eckermann terbang dari pelananya dan terhempas ke tanah.

Kuda tersebut dan Von Eckermann tidak cedera, tetapi dalam temu bual yang penuh sebak selepas kejadian, atlet Sweden itu menyifatkan ia sebagai perkara paling buruk berlaku terhadapnya.

Iklan

"Ia agak tidak boleh dimaafkan di pihak saya... tetapi apa yang perlu saya lakukan? Saya yang mengawalnya.

Ditanya sama ada dia terkejut, Von Eckermann menjawab:"Tidak, saya hanya berasa malu kerana ia kuda saya tetapi tidak mampu untuk mengawalnya," katanya.