SHAH ALAM - Dua lelaki termasuk seorang warga emas melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Delek Baru, Klang dekat sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lelaki berumur lingkungan 70-an yang juga orang kurang upaya (OKU) itu melecur sebanyak 20 peratus pada bahagian tangan kiri, manakala seorang lagi mangsa berusia sekitar 30-an melecur pada bahagian kaki.