Pameran replika penyaman udara terbesar Acson diiktiraf Malaysia Book of Records

Iklan
Pengarah Urusan Acson Malaysia, Yeap Kin Oun (dua dari kanan) menerima sijil rekod replika penyaman udara terbesar daripada Ketua Pegawai Pemasaran The Malaysia Book of Records, Jwan Heah (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Acson Malaysia, Tan Han Chua (kiri) sempena sambutan ulang tahun ke-14 Acson Malaysia di The Starhill, Kuala Lumpur.

PAMERAN replika penyaman udara terbesar oleh Acson Malaysia (Acson) sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat itu diiktiraf Malaysia Book of Records.

Jenama penyaman udara terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, sempena ulang tahun tersebut pihaknya mengadakan acara menarik yang berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 24 hingga 28 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, acara berkenaan menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran eksklusif serta orang ramai juga berpeluang menyaksikan pencapaian dalam Malaysia Book of Records.

"Pameran menakjubkan ini memukau para pengunjung dan menekankan komitmen Acson terhadap inovasi dalam penyaman udara.

Iklan

"Sebagai jenama Malaysia yang terkenal, Acson juga amat teruja untuk meraikan pencapaian sepanjang empat dekad inovasi, kualiti dan kepuasan pelanggan selama ini.

"Kami sesungguhnya sangat memahami keperluan pasaran tempatan dan sentiasa berinovasi untuk menyediakan penyelesaian kehendak penyaman udara yang sesuai untuk rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu, acara tersebut menceritakan perjalanan dan komitmen Acson dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik dengan tema 'Syioking Malaysia' yang mencerminkan keaslian dan dedikasi kepada pasaran Malaysia.

Kata kenyataan itu, pengunjung menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas untuk menghiburkan dan memberi ganjaran.

"Tarikan utama pada hari tersebut aktiviti Cabaran Token Hunt penuh dengan debaran, di mana peserta perlu menyelam ke dalam kolam yang dipenuhi bola untuk memenangi barangan dan produk Acson bernilai sehingga RM60,000 yang tertakluk kepada terma serta syarat disediakan.

"Lebih memeriahkan ulang tahun ke-40 Acson, kami turut menawarkan 40 hadiah eksklusif setiap hari dengan lapan pemenang dipilih.

"Pemenang utama menerima unit penyaman udara Acson Inverter Wall Mounted," katanya.