Barang kes bernilai lebih RM1.5 juta dilupuskan

Iklan
Hussein melakukan gimik perlupusan barang kes di Balai Polis Ara Damansara pada Rabu.

PETALING JAYA - Lebih 5,000 pelbagai barang kes seperti peralatan komputer, rokok, arak, mercun dan barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta dilupuskan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia selepas arahan pelupusan oleh mahkamah bagi kesemua barangan kes membabitkan 1,387 kertas siasatan sejak 1990 hingga 2024.

Iklan
Iklan

"Barang kes am yang dirampas sejak 2009 hingga 2024 seperti barangan pakaian, pelbagai jenis senjata berbahaya ( pisau, parang, batang besi).

"Kita turut merampas beg, barangan elektronik seperti telefon bimbit, kamera, peralatan audio video, dokumen laporan forensik, laporan kimia dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Ara Damansara, di sini, pada Rabu.

Iklan

Hussein berkata, barang kes mudah terbakar (mercun), yang akan dilupuskan merangkumi pelbagai jenis mercun (seperti bunga api, pop pop, fountain).

"Barang kes itu dirampas sejak 2020 sehingga tahun 2024 melibatkan 12 kertas siasatan," katanya.

Iklan

Menurutnya, barang kes kontraban yang akan dilupuskan adalah sebanyak 2,111 merangkumi pelbagai jenis barangan seperti rokok dan minuman keras.

"Barang kes kontraban itu dirampas sejak 2018 sehingga tahun lalu melibatkan 23 kertas siasatan.

"Sebanyak 531 barang kes bitcoin merangkumi barangan seperti mesin bitcoin, pelbagai jenis alatan seperti tembaga, wayar, spanar turut akan dilupuskan membabitkan rampasan kes sejak 2021 sehingga 2022 melibatkan lapan kertas siasatan," katanya.

Dalam pada itu, bagi kes perjudian pula, sebanyak 2,666 barangan terdiri daripada 813 peralatan elektronik seperti (simulator, komputer, komputer riba, telefon) yang dirampas daripada kegiatan perjudian dalam talian akan dilupuskan.

"Ia termasuk 1,85 barang kes lain-lain judi seperti daun terup, buah mahjung, buah dadu, alat pencetak kertas, meja kerusi dan sebagainya.

"Barang kes perjudian itu dirampas sejak tahun 2015 sehingga tahun 2024 melibatkan 470 kertas siasatan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut melupuskan wang tunai berjumlah RM 148,120.50 dan RM 650 wang palsu serta lima barang kemas yang dirampas sejak 1990 sehingga 2024.

"Wang tunai dan barang kemas tersebut akan diserahkan kepada Perbendaharaan Negara," ujarnya.