[VIDEO] Anggota PGA antara 7 individu ditahan miliki ketum

Iklan

PETALING JAYA - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Markas Briged Tengah, Cheras ditahan kerana memiliki bahan larangan dipercayai ketum di bawah Akta Racun 1952, pada Isnin.

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Markas Briged Tengah, Cheras ditahan kerana memiliki bahan larangan dipercayai ketum di bawah Akta Racun 1952, pada Isnin.(Gambar hiasan), gambar kecil: Hussein

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan ditahan bersama enam lelaki warga asing pada jam 10 malam di blok kediaman di markas berkenaan.

Iklan
Iklan
Iklan

"Semua yang ditahan termasuk anggota berkenaan direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1963," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelupusan barang kes di Balai Polis Ara Damansara, di sini, pada Rabu.

Hussein berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada anggota berkenaan menggunakan kediaman itu untuk memproses bahan larangan itu atau sebagai pusat edaran.

Iklan

"Rampasan membabitkan sembilan liter cecair dipercayai ketum bernilai kira-kira RM200," katanya.