PUTRAJAYA - Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia, dan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di atas kejayaan mereka mengharumkan nama negara di pentas sukan Olimpik Paris 2024.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, dalam sidang media Mingguan Kabinet, di sini hari ini.