Bukan 54 tapi 48 kelulusan penerokaan hutan di Nenggiri

Iklan
Datuk Mohamed Fadzli Hassan

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan menolak dakwaan mengatakan 54 kelulusan penerokaan hutan untuk pembangunan ladang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menjelaskan, mengikut maklumat yang diperoleh daripada Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) hanya 48 kelulusan penerokaan hutan di DUN Nenggiri.

Iklan
Iklan

Beliau turut menolak dakwaan penerokaan kawasan berkenaan merupakan kelulusan baharu, sebaliknya ia sudah lama diluluskan EIA dan kini dalam proses pembangunan tanah itu.

"Dalam musim pilihan raya ini pelbagai isu dibangkitkan tetapi jangan menggunakan kaedah tidak berwibawa sehingga boleh menimbulkan sangkaan jahat kepada mana-mana pihak dan persepsi tidak baik kepada rakyat," katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Iklan

Media pada Selasa melaporkan dakwaan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim mengatakan terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan kerajaan negeri sejak 2022 sehingga kini di kawasan DUN Nenggiri.

Beliau turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Iklan

Mohamed Fadzli turut memberitahu, syarikat yang dipilih untuk melaksanakan projek penerokaan juga merupakan antara yang terbaik dan boleh mengikut prosedur tertentu.

"Pemilihan syarikat berkenaan juga perlu melalui prosedur ketat dan bukan penerokaan secara haram seperti didakwa," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini kerajaan negeri meluluskan lebih daripada 85,000 permohonan untuk mendapatkan tanah kerajaan.