KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada tokoh wartawan alam sekitar, Datuk Karam Singh Walia yang berdepan keadaan kesihatan membimbangkan selepas menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, iaitu Ahmad Farhan Fauzi semalam yang mewakili beliau menziarahi Karam, selain berkesempatan berbicara mengenai pengalaman bekas wartawan TV3 itu membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar.