Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion

Iklan

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion setakat 31 Julai, 2024 daripada AS$113.82 bilion (AS$1=RM4.47) dicatatkan pada 28 Jun, 2024.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Iklan
Iklan

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$102.4 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.13 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM541.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.18 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM45.34 bilion).

Iklan
Iklan

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.19 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85 bilion), deposit lain (RM66.74 bilion), kertas Bank Negara (RM15.50 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM2.89 bilion). - Bernama