PHILADELPHIA - Calon Presiden mewakili Parti Demokrat, Kamala Harris bersama pasangan regunya, Tim Walz berkempen bersama-sama buat pertama kali pada Selasa selepas Gabenor Minnesota itu dipilih untuk bergandingan dengannya pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada November depan.
"Kami berjuang untuk masa depan di mana kami mempertahankan kebebasan paling asas. Saya mencari rakan yang dapat berjuang dan menyatukan negara. Saya sudah temuinya,” kata Harris di sisi Walz yang turut disambut sorakan penyokong mereka di medan pertempuran utama di Pennsylvania.