Northport pecah rekod kendalian kontena tertinggi bulan Julai

Iklan
Operasi kontena di Northport. Bagi tujuh bulan pertama 2024, Northport mengendalikan sejumlah 2,076,148 TEU kontena iaitu peningkatan ketara sebanyak 16.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

NORTHPORT Northport (Malaysia) Bhd (Northport) sekali lagi mencapai kejayaan berganda apabila memecah rekod kendalian bulanan tertinggi untuk segmen perniagaan kontena sebanyak 354,548 TEU (unit bersamaan 20 kaki) dan kargo konvensional berjumlah lebih 1.1 juta FWT (Freight Weight Tonnes) pada Julai lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, prestasi mengagumkan itu disebabkan beberapa faktor antaranya peningkatan dalam singgahan kapal ad-hoc yang mana Northport telah mengendalikan 159 jumlah daripadanya tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, perkhidmatan perkapalan baharu beberapa bulan kebelakangan dan produktiviti tinggi hasil pelaburan infrastruktur turut menyumbang kepada jumlah peningkatan pengendalian kontena serta kargo konvensional.

"Northport telah mengendalikan jumlah kontena bulanan tertinggi sebanyak 354,548 TEU, mengatasi rekod sebelumnya 335,361 TEU yang dicatatkan dua bulan lalu.

Iklan

"Segmen perniagaan kargo konvensional Northport juga mencatatkan prestasi bulanan tertinggi dengan pengendalian sejumlah 1,143,318 FWT mengatasi rekod sebelumnya iaitu 1,129,145 FWT pada Oktober tahun lepas.

Operasi kargo konvensional di Northport. Pada Julai 2024, Northport mencatatkanprestasi bulanan tertinggi bagi kargo konvensional dengan pengendalian 1,143,318 FWT (Freight Weight Tonnes), mengatasi rekod sebelumnya iaitu 1,129,145 FWT yang dicatatkan pada Oktober 2023.

"Kejayaan berterusan ini manifestasi daya tahan Northport dalam menghadapi cabaran global. Situasi geopolitik berlanjutan memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa dan kami meletakkan diri sebagai alternatif yang boleh dipercayai untuk syarikat perkapalan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Azman Shah turut memaklumkan, Northport telah mengendalikan lebih 2 juta TEU kontena iaitu peningkatan sebanyak 16.1 peratus bagi tujuh bulan pertama tahun ini.

Tambahnya, bagi segmen perniagaan kargo konvensional, pihaknya mengendalikan lebih 7 juta FWT bersamaan pertumbuhan 10.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Pencapaian ini meletakkan syarikat di landasan yang kukuh dan berpotensi melepasi pengendalian kontena tahunan tertinggi pada 2021 dan rekod pengendalian kargo konvensional tertinggi pada 2023.

"Pencapaian terbaharu ini bukti kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan serta sokongan berterusan daripada rakan kongsi.

"Kami akan terus komited untuk meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan serta keperluan industri perkapalan," ujarnya.