12 rumah teres dua tingkat terbakar di Teluk Intan

Iklan

IPOH - Sebanyak 12 rumah jenis teres dua tingkat di Taman Muhibbah, Jalan Maharajalela, Teluk Intan terbakar dengan sebuah daripadanya musnah 80 peratus dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.51 petang sebelum 36 anggota bomba dan lapan jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi kejadian pihak kami mendapati hampir enam buah rumah sudah terbakar dan kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah yang berada di tengah-tengah antara sederet rumah teres tersebut.

"Kebakaran itu melibatkan sederet rumah teres lama dua tingkat sebanyak 12 buah berkeluasan 4.2 meter x 18 meter setiap satu dengan peratusan kebakaran antara tiga hingga 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Sabarozi berkata, tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal pada 6.02 petang sebelum operasi ditamatkan pada 8.24 malam. - Bernama

Iklan