Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal

Iklan
Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi. Gambar hiasan

NEPAL - Sebuah helikopter yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang dilapor terhempas di kawasan pergunungan yang terletak di utara ibu kota Nepal pada Rabu.

Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, helikopter tersebut dimiliki oleh Air Dynasty yang berpusat di Nepal dan dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit selepas berlepas.

Empat penumpang merupakan warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut berhubung kejadian. - Agensi/Awani