Sukma 2024: Kedah tawar RM4,000 atlet raih pingat emas

Iklan
Sanusi berucap pada majlis penyerahan bendera kontinjen Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Rabu.

GANJARAN sebanyak RM4,000 menanti atlet Kedah yang berjaya menang pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada atlet tersebut sebaik diumumkan sebagai pemenang di lokasi pertandingan dan baki RM3,000 diberikan pada majlis meraikan kejayaan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian ganjaran 'on the spot' itu sebagai tujuan untuk meningkatkan motivasi kepada 383 atlet negeri itu yang akan bertanding untuk memberikan yang terbaik.

"Kita nak bagi semangat kepada atlet-atlet untuk berjuang bersungguh-sungguh. Menang emas 'on the spot' dapat RM1,000, perak RM500 dan gangsa RM300.

Iklan

"Sasaran kita ialah 23 pingat emas, 24 pingat perak dan 25 pingat gangsa serta berada di tangga ke 10 di antara 15 kontinjen yang bertanding pada Sukma ini," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar di sini.

Iklan
Sanusi bergambar dengan kontinjen atlet Kedah yang akan bertanding pada Sukma Sarawak 2024.

Jelas Sanusi, atlet yang menang perak akan menerima insentif RM2,000 manakala gangsa pula sebanyak RM1,000.

Menurutnya, bagi sukan yang mempunyai dua atlet, ganjaran 'on the spot' diberikan adalah RM500 bagi pingat emas, pingat perak (RM250) dan pingat gangsa (RM150) setiap seorang.

"Bagi sukan yang mempunyai tiga hingga enam atlet, setiap daripada mereka terima RM 300 bagi pingat emas, RM 150 bagi pingat perak dan RM100 pingat gangsa.

"Sukan yang mempunyai tujuh atlet ke atas, setiap seorang akan terima RM200 bagi pingat emas, RM150 pingat perak dan RM100 pingat gangsa," katanya.

Tambahnya, sukan-sukan yang dijangkakan akan menyumbangkan pingat kepada Kedah adalah seperti sukan Berbasikal, Judo, Skuasy, Perahu Layar, Pencak Silat dan Wushu Sanda.

Sanusi berkata, skuad Perahu Layar, Berbasikal dan Pencak Silat Negeri Kedah tidak pernah menghampakan Negeri Kedah sejak mula penyertaan dalam saingan Sukma dan sentiasa menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen.

"Walaupun hanya enam sukan diumumkan sebagai sukan tumpuan, tetapi semestinya kerajaan Kedah menaruh harapan yang tinggi kepada 26 lagi sukan yang lain turut dipertandingkan.

"Saya difahamkan bahawa kontinjen Kedah bakal menghadiahkan kejutan yang pasti membanggakan mungkin dari sukan-sukan yang telah disebut ataupun mungkin daripada beberapa sukan yang lain," katanya.