PELUMBA berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri akan kembali bersaing dalam repechages acara keirin wanita Sukan Olimpik 2024 di Paris sebentar lagi.
Saingan tersebut dijadual berlangsung di Velodrome Saint-Quentin-en-Yvelines, Paris pada jam 9.10 malam ini.
Iklan
Iklan
Ia susulan pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan perlumbaan awal acara tersebut di kedudukan keempat sekali gus terlepas peluang mara secara automatik ke pusingan seterusnya.
Dalam pusingan pertama saringan kelima, Nurul Izzah terpaksa mengerah kudrat memberi tentangan kepada jaguh dunia termasuk pelumba dari Britain, Emma Finucane dan Lea Friedrich dari Jerman.
Emma dan Lea layak meraih tiket untuk ke pusingan kedua selepas masing-masing pelumba menutup perlumbaan di tangga pertama serta kedua.