Mahkamah Thailand bubar parti pembangkang utama kerana gugat sistem politik

Iklan
Mahkamah Thailand arah MFP dibubar, Pita Limjaroenrat dilarang sertai politik 10 tahun. Foto REUTERS

BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu memutuskan untuk membubarkan parti pembangkang utama, Parti Move Forward, kerana"menggugat sistem politik monarki berperlembagaan" dalam tindakannya, menurut Sputnik.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibacakan oleh panel hakim Mahkamah Perlembagaan yang mendengar kes berkenaan dan disiarkan secara langsung oleh penyiar Thai, Thairath TV.

"Dalam kebimbangan politik yang ditimbulkan dalam kempen pilihan raya 2023, dalam ucapan pemimpin utama parti yang menggesa percubaan selepas pilihan raya untuk membincangkan di parlimen perubahan kepada undang-undang Thailand yang melindungi status monarki dan sistem politik monarki berperlembagaan, Parti Move Forward telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap monarki Thailand dan mencipta sentimen yang menggugat dalam kalangan rakyat terhadap sistem politik monarki berperlembagaan Thailand," kata keputusan mahkamah itu.

Iklan

Mahkamah juga memutuskan bahawa kepimpinan parti itu dilarang daripada melibatkan diri dalam aktiviti politik selama 10 tahun. - Bernama

Iklan