Perkembangan positif ringgit perkukuh prospek pertumbuhan ekonomi - NCCIM

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yakin perkembangan positif ringgit menawarkan asas yang kuat untuk mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Presidennya, Datuk Seri N Gobalakrishnan berkata, trend positif ini juga menjadi bukti kepada kepimpinan dan strategi ekonomi kerajaan MADANI yang berkesan.

Katanya, pihaknya optimis bahawa perkembangan ini akan terus meningkatkan tarikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan antarabangsa.

Iklan

"Kami sedia untuk menyokong usaha dan inisiatif kerajaan yang sedang dijalankan bagi mengekalkan dan membina atas pencapaian ekonomi ini.

"Malaysia perlu terus melaksanakan pembaharuan struktur yang diperlukan untuk mengukuhkan daya saing kita dan mengekalkan kekuatan ringgit.

Iklan

"NCCIM komited untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dengan menggunakan pencapaian ini untuk memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dan ekonomi kita,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

NCCIM turut memuji dasar ekonomi dan kewangan kerajaan, yang disokong oleh prospek pertumbuhan dan pelaburan yang semakin baik, telah membawa kepada prestasi ringgit yang paling kukuh.

Katanya, peningkatan ketara ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat menjadi petunjuk jelas kepada keyakinan pelabur global yang semakin meningkat terhadap kestabilan ekonomi dan hala tuju dasar Malaysia.

"Prestasi ini mencerminkan bukan sahaja inisiatif kerajaan tetapi juga perpaduan dan usaha gigih perniagaan dan rakyat kita,” katanya. - Bernama