30 minit tahan sakit tangan tersepit mesin buat mi

Iklan
Pekerja kilang itu terpaksa tahan sakit hampir 30 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin membuat mi Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin membuat mi di Taman Eco Perniagaan, di sini, pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Azami Yakup berkata, akibat kejadian itu, lelaki berusia 23 tahun itu patah tangan kanan.

Iklan
Iklan
Anggota bomba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas. Foto JBPM
Iklan

"Anggota bertindak menggunakan unit peralatan khas untuk mengeluarkan tangan kanan mangsa dan memberi rawatan awal.

"Difahamkan kejadian berlaku sewaktu mangsa sedang bekerja membuat mi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail (HSI).