Projek Hidroelektrik Nenggiri

Iklan

Penduduk Orang Asli Pos Pulat di Gua Musang, yang terlibat dengan pelaksanaan projek Hidroelektrik Nenggiri berharap penempatan baharu yang dibina untuk mereka siap mengikut jadual pada Mac 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pulat, Liman Ahong berkata 353 penduduk daripada 86 keluarga di kampung itu turut berharap segala kemudahan dan manfaat ekonomi di penempatan baharu itu sama seperti dijanjikan kepada mereka sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata mengikut perjanjian itu, setiap keluarga akan diberikan rumah tiga bilik seluas 750 kaki persegi di atas tanah seluas 0.2 hektar, tapak dusun (0.2 hektar) dan ladang getah (2.2 hektar), selain fasiliti awam seperti sekolah, tadika, balai rawatan, surau dan lot kedai akan disediakan. Foto Bernama