Atlet SUKMA Kedah

Iklan

Atlet negeri Kedah Mohd Izham Aliff Abd Rani mengetuai lafaz ikrar pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Alor Setar, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan memberi ganjaran berjumlah sehingga RM4,000 buat atlet negeri itu yang berjaya merangkul pingat emas pada SUKMA Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata bagi pemenang pingat perak pula mereka akan menerima ganjaran sehingga RM2,500, sementara pemenang pingat gangsa akan menerima sehingga RM1,300. Foto Bernama