Remaja 18 tahun rogol rakan ditahan

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan 4. Foto hiasan

IPOH - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan 4 dalam kejadian di Simpang Pulai, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penahanan suspek dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 16 tahun itu pada 31 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Mangsa dirogol oleh rakan yang dikenalinya di sebuah rumah. Mangsa kemudian dibawa menerima rawatan dan pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Bertindak atas maklumat, tangkapan terhadap suspek dibuat pada hari kejadian bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau dalam jenayah.

"Permohonan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Ipoh selama lima hari telah berakhir Isnin lalu dan tempoh tahan reman telah dilanjut selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Iklan

"Polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada pendakwa raya negeri untuk cadangan pertuduhan," katanya.

Azizi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.