[DIKEMAS KINI] PENERJUN sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri melepasi ujian awal acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 apabila layak ke separuh akhir pada Rabu.
Dhabitah tampil dengan tiket wild card ke temasya sukan terbesar dunia itu mengakhiri cabaran di kedudukan ke-12 dengan catatan 283.65 mata selepas mengharungi lima terjunan di Pusat Akuatik Paris.
Iklan
Iklan
Atlet China, Chen Yiwen mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata, tempat kedua pula milik, Keeney Maddison (Australia, 337.35 mata) diikuti Aranza Vázquez Montaño (Mexico, 321.75).
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 berusia 25 tahun itu pada penampilan di Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu, menamatkan saingan di tempat keempat pada aksi final selepas mengutip 326.15 mata.